Tuesday, September 25, 2012

KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Kandungan Kursus

Bab Satu - Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
1.1    Konsep etnik. budaya dan masyarakat.
1.2    Konsep perpaduan dan integrasi.
1.3    Kepelbagaian etnik di Malaysia.
1.4    Pluraliti menurut perspektif Islam.

Bab Dua - Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah
2.1    Sejarah masyarakat plural dan pluraliti di Malaysia.
2.2    Kesultanan Melayu Melaka sebagai kemuncak pluraliti Alam Melayu.
2.3    Penjajahan dan pembentukan masyarakat pluralistik.
2.4    Masyarakat pluralistik selepas merdeka.

Bab Tiga - Perlembagaan Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
3.1    Konsep dan proses penggubalan perlembagaan Malaysia.
3.2    Perlembagaan Malaysia sebagai suatu'kontrak sosial'.
3.3    Rasional unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia.
3.4    Perlembagaan Islam dan hubungan etnik.

Bab Empat - Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
4.1    Konsep pembangunan politik dan pembinaan negara bangsa.
4.2    Latarbelakang politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
4.3    Persepakatan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Bab Lima - Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
5.1       Konsep modenisasi dalam pembangunan ekonomi.
5.2      Pembangunan ekonomi di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.
5.3      Penglibatan dan penyertaan pelbagai etnik dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.
5.4      Pendekatan Islam dalam pembangunan ekonomi.

Bab Enam - Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
6.1    Pelan tindakan dan strategi ke arah masyarakat berintegrasi.
6.1.1    Dasar-dasar Kerajaan.
6.1.2    Peranan Masyarakat.
6.1.3    Peranan NGO.

Bab Tujuh - Cabaran Hubungan Etnik Di Malaysia
7.1    Senario hubungan etnik di Malaysia.
7.2    Cabaran hubungan inter-intra etnik di Malaysia.
7.3    Faktor penentu kejayaan pembinaan masyarakat Malaysia.

Bab Lapan - Islam Dan Hubungan Etnik
8.1    Islam dan keharmonian hubungan etnik.
8.2    Asas hubungan etnik menurut perspektif Islam.
8.3    Prinsip Islam dan nilai-nilai kemanusiaan.
8.4    Aplikasi Islam dalam hubungan etnik.

Bab Satu - Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik


BAB 1
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:
1.    Mendefinisikan konsep asas hubungan etnik
2.    Menjelaskan peringkat-peringkat hubungan etnik.
3.    Mengaplikasi konsep integrasi etnik dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk Malaysia.


1.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan beberapa konsep penting dan aplikasinya dalam mewujudkan hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Antara konsep penting termasuklah konsep etnik, masyarakat, budaya, integrasi dan sebagainya.

Bab ini juga akan membincangkan peringkat-peringkat hubungan etnik yang dikemukakan oleh para pengkaji masyarakat dan aplikasinya dalam konteks negara kita Malaysia

1.2    Konsep etnik, budaya dan masyarakat.

1.2.1 Masyarakat

Kamus Dewan : Masyarakat (society) dapat didefinisikan sebagai kumpulan individu yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat khususnya melalui hubungan bersemuka yang berulangkali akan membina kesepaduan masyarakat sebagai satu unit sosial.

Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial seperti berkongsi kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya, contoh : budaya gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama merayakan hari kebesaran dan sebagainya.

Jelasnya, masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya, memduduki satu-satu kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang bersatu padu.
Dari keterangan di atas dapatlah dikatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa atau “masyarakat majmuk”.

Masyarakat Majmuk

Istilah masyarakat majmuk dipelopori oleh J.S Furnivall menerusi kajiannya mengenai masyarakat Indonesia dan Myanmar.

Menurut beliau masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam. Walau pun mereka hidup di bawah satu sistem politik, namun mereka menjalani kehidupan secara berasingan. Interaksi di antara mereka adalah amat sedikit dan amat terbatas. Interaksi wujud hanya dalam bidang ekonomi seumpama ketika proses jual beli di pasar sahaja. Seterusnya pemisahan tersebut berlarutan sehingga di bidang pekerjaan, di mana bidang pekerjaan adalah mengikut etnik atau kaum tertentu.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Penduduknya terdiri dari pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Iban dan sebagainya. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah disebabkan oleh perkembangan industri bijih timah dan getah yang pesat di sekitar abad ke 19.

Walau pun etnik ini tinggal di dalam sebuah negara dan di bawah satu sistem politik (pemerintahan penjajah British), namun masing-masing tetap dengan tradisi, identiti, adat resam, budaya, agama mereka. Senarion ini dapat dilihat dalam sambutan hari kebesaran etnik masing-masing hari ini.

Ciri-Ciri Masyarakat

Berkelompok
Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok. Adalah mustahil seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada individu lain. Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain.

Berbudaya
Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya, umpamanya budaya makan dengan tangan bagi orang Melayu. Budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

Berinteraksi
Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah terdapatnya perhubungan, interaksi dan bekerjasama di antara anggota masyarakat. Perhubungan, interaksi dan bekerjasama ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.
Mengalami perubahan
Sesebuah masyarakat adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan. Perubahan tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu dari perubatan tradisional kepada perubatan moden.

Mempunyai kepimpinan
Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. Ia wujud di pelbagai peringkat sama ada kepimpinan peringkat rendah, sederhana mahupun tinggi. Sebagai contoh bapa adalah pemimpin keluarga, penghulu adalah pemimpin kampung dan Perdana Menteri pemimpin negara.

Mempunyai aturan sosial
Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undang-undang. Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat.

1.2.2 Budaya
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.

Kamus Dewan (2005) “Budaya adalah kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya” (Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005).

Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satu-satu kumpulan insan. Ia merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial, kepercayaan, adat, nilai dan sebagainya.

Ciri-ciri budaya:

Boleh dipelajari
Ia tidak lahir dengan sendiri, oleh itu mesti dipelajari. Ibu bapa mengajar anaknya bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan sebagainya.

Boleh diwarisi
Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Budaya rakyat Malaysia (Melayu, Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu.

Boleh dikongsi
Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja, tetapi boleh diamalkan juga oleh etnik lain. Umpamanya makan nasi lemak, roti canai, nasi ayam yang sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

Boleh berubah-ubah
Budaya adalah tidak statik, tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat. Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah, dan berubah kepada atap genting dewasa ini. Dulu ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya berteras ekonomi sara diri dan telah berubah kepada ekonomi kapitalis.

Bersifat sejagat
Ia wujud dalam semua kelompok manusia, umpamanya budaya menghormati alam sekitar. Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik dengan etnik lain disebabkan oleh nilai setempat, pengaruh luar, agama dan sebagainya

Mempunyai unsur simbolik
Unsur-unsur berupa imej (bendera, warna, logo, lambang dan sebagainya), bunyi (siulan, bunyian alat muzik ), isyarat, ( isyarat tangan, muka dan sebagainya) mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.

1.2.3 Etnik

Etnik : kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. Ini termasuk adat resam, kegiatan ekonomi, bahasa dan pakaian.

Ras : ras adalah merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit dan sifat-sifat biologi.

Pengkaji barat, Carl von Linne mengkategorikan manusia kepada:
a)    Caucasoid (putih)
b)    Negroid (hitam)
c)    American (merah)
d)    Mongoloid (kuning)
1.2.4 Bangsa

Bangsa : Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal usul atau keturunan yang sama.
Biasanya konsep bangsa digunakan untuk menggambarkan bilangan anggota etnik yang besar dalam satu-satu kelompok. i.e. bangsa Cina, Melayu, India dan lain-lain.

Pada peringkat lebih tinggi dalam konteks Malaysia, bangsa menggambarkan anggota etnik yang lebih besar yang mana di bawahnya terdapat kelompok etnik. i.e Melayu, Cina, India dsb.

Sistem Nilai Yang Lahir Dari Konsep Asas Hubungan Etnik

Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama yang menyatukan mereka.

Etnosentrisme : Kepercayaan dan kebanggaan yang wujud di kalangan anggota sesebuah kelompok bahawa kehebatan cara hidup, budaya warisan serta etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dari kelompok lain.

Kepercayaan begini akan membawa beberapa implikasi:
a)    Menolak apa-apa yang baik yang terdapat dalam budaya lain
b)    Mencetuskan persengketaan senyap kerana budaya etnik lain dianggap mengganggu dan meruntuhkan martabat manusia
c)    Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara etnik kerana sikap ego dan kebanggaan yang melulu
d)    Menjadikan cara hidup dan kebudayaan sendiri sebagai piawai untuk mengukur cara hidup dan budaya etnik lain
e)    Enggan mengetahui cara hidup dan budaya etnik lain sehingga menjadikan mereka seperti “katak di bawah tempurung”.

Rasisme : Pandangan pemikiran dan kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap kelompok lain berdasarkan fizikal atau biologi.

Diskriminasi : Perbuatan membezakan seseorang individu atau kelompok berasaskan ciri-ciri etnik.

Prejudis : Pandangan negatif terhadap kelompok lain. Ianya dibuat berdasarkan generalisasi dan prasangka sahaja.

Dalam konteks hubungan etnik ianya berlaku apabila satu etnik memandang rendah terhadap etnik lain. Kesan prejudis dapat dilihat bilamana satu etnik berlumba untuk mendapat sesuatu yang terhad baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.

Streotaip : Ia terbentuk daripada sikap prejudis terhadap etnik-etnik lain. Walau pun sesuatu perlakuan itu dilakukan oleh sekumpulan kecil etnik, tetapi kerana sikap prejudisnya maka ia dianggap seluruh etnik tersebut mempunyai perlakuan yang sama.

Oleh itu stereotaip bolehlah didefinisikan sebagai gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan samada ianya positif mahupun negatif terhadap satu-satu kumpulan.

Contohnya penulis barat mengatakan: “kekayaan yang dimiliki oleh orang Cina kerana kerjas keras mereka, manakala kemiskinan orang Melayu adalah kerana sikap malas dan boros mereka”. Pandangan streotaip orang Melayu terhadap orang Cina: “Orang Cina adalah pengotor”,

1.2    Konsep perpaduan dan integrasi.

Definisi integrasi: Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik.

Integrasi sosial adalah proses menyatu padukan berbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan identiti masing-masing.

Jelasnya bahawa integrasi akan wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka. Ianya akan melenyapkan sikap prasangka, diskriminasi terhadap satu sama lain.

Istilah integrasi sosial ini adalah cetusan idea seorang ahli sosiologi British David Lockwood di dekad 1950an dalam usaha beliau mencari formula keamanan dan keharmonian bagi sesebuah masyarakat yang berbilang etnik.

Menurut Shamsul Amri integrasi etnik dapat diklasifikasikan kepada beberapa Jenis, antaranya:
a)    Integrasi wilayah : Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah dalam konteks ekonomi, politik, sosial dsb.
b)    Integrasi ekonomi : Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik
c)    Integrasi kebudayaan : Usaha menyatukan budaya pelbagai etnik sehingga menjadi budaya kebangsaan.
d)    Integrasi sosial : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial.
e)    Integrasi pendidikan : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program pendidikan.
f)    Integrasi politik : Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama politik dan melalui konsep pembahagian kuasa.
g)    Perpaduan : Satu proses menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Jelasnya perpaduan adalah melibatkan penyatuan masyarakat dalam semua aspek kehidupan baik fizikal, ekonomi, politik dan sosial.

Perpaduan adalah penting bagi mewujudkan kestabilan politik yang mana akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

1.3    Kepelbagaian etnik di Malaysia.
1.3.1 Pendahuluan
Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan berkongsi wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sama. Terdapat tiga kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India.

1.3.2 Masyarakat Pribumi (Melayu, Sabah dan Sarawak)
Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang naif/naive (setia) kepada wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara. Konsep pribumi secara khusus pula merujuk kepada penduduk asal Malaysia yang terdiri daripada orang melayu dan orang asli di Semenanjung Malaysia serta kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 2000, penduduk Pribumi meliputi 65 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak 14.35 juta mengikut komposisi penduduk Malaysia. Pada tahun 2005, jumlah penduduk Pribumi telah bertambah kepada 65.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan sebanyak 16.06 juta.

1.3.3 Masyarakat Pribumi Semenanjung Malaysia
Masyarakat Pribumi di Semenanjung Malaysia meliputi orang Melayu dan orang asli. Orang asli terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli atau Melayu-Proto. Kumpulan Negrito terdiri daripada suku bangsa Kinsui, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendrig dan Bateq. Kumpulan Senoi terdiri daripada suku bangsa Temiar, Semai, Semoq Beri, Che’ Wong, Jah Hut dan Mahmeri. Kumpulan Melayu Asli dan Melayu-Proto terdiri daripada suku bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Laut.

1.3.4 Masyarakat Pribumi di Sabah
Masyarakat di Sabah terdiri daripada empat kelompok utama seperti Kadazan Dusun mewakili 24.8 peratus daripada jumlah populasi masyarakat Sabah diikuti kategori pribumi lain sebanyak 20.6 peratus, Bajau 18.5 peratus dan Melayu 18.5 peratus. Masyarakat Pribumi di Sabah dikatakan berasal daripada Tanah Besar Asia yang bertutur dalam kelompok bahasa Austronesia. Masyarakat Pribumi di Sabah adalah Kadazan / Dusun, Murut, Lun Dayeh, Bisaya, Bajau, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun dan Suluk.

1.3.5 Masyarakat Pribumi di Sarawak
Di Sarawak etnik Dayak, Melayu dan Melanau berjumlah 73.2 peratus daripada 2.181 juta orang penduduk Sarawak. Etnik Dayak mewakili 44.3 peratus daripada jumlah penduduk diikut oleh etnik Melayu sebanyak 23.2 peratus dan Melanau sebanyak 5.7 peratus. Masyarakat Pribumi di Sarawak adalah Bidayuh, Iban, Melayu, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut dan Lun Bawang, Punan, Penan, Melanau, Kedayan dan Bisayah.

1.3.6 Masyarakat Cina
Menurut sejarah, Masyarakat Cina mula bertapak di Malaysia pada zaman Keagungan kerajaan kerajaan Melayu Melaka. Petempatan awal orang Cina adalah di Melaka. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Ching mengetuai rombongan di Melaka membawa permintaan Parameswara kepada Maharaja China memohon untuk bernaung di bawah perlindungan negara China. Pada tahun 1405, utusan dari China diketuai Laksamana Cheng Ho membawa perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh maharaja China. Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan yang masyhur.

Kegemilangan Melaka menyebabkan maharaja China menghantar puterinya iaitu Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah. Puteri Hang Li Po bersama pengikutnya kira-kira 500 orang telah disambut baik oleh sultan Melaka dan kesemuanya memeluk agama Islam. Dipercayai Puteri Hang Li Po dan pengikutnya menetap di suatu tempat dalam daerah Melaka yang dihadiahkan oleh sultan. Kawasan petempatan dinamakan Bukit Cina. Perkahwinan sekufu dan silang budaya masyarakat Cina telah meningkatkan hubungan diplomatik di antara negara China dengan Melaka serta mewujudkan masyarakat Cina terawal di Melaka khasnya dan di negara ini amnya.

Mengikut catatan sejarah, masyarakat Cina di Malaysia berasal dari China Selatan iaitu dari wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi. Kelompok utama etnik Cina adalah Hokien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kemasukan etnik Cina di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1848 hingga 1914. Selepas tahun 1914, majoriti kemasukan orang-orang Cina adalah secara persendirian. Etnik Cina aktif sebagai pekerja lombong (di kawasan Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Ampang, Seremban dan lain-lain) dan membuka kedai runcit.

1.3.7 Masyarakat India
Mengikut catatan sejarah, masyarakat India di Malaysia berasal dari India Selatan (Tamil Nadu). Kelompok utama etnik India adalah Tamil, Malayani, Telugu dan Sikh. Kemasukan etnik India di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1880an hingga 1910. Pada tahun 1891, terdapat 75,000 orang India di Tanah Melayu dan jumlah ini telah meningkat kepada 471,536 orang pada tahun 1921. Etnik India aktif sebagai buruh ladang getah dan pekerja kemudahan asas (buruh pembinaan) seperti membina jalanraya dan keretapi.
1.4    Pluraliti menurut perspektif Islam.

Menurut Islam, manusia walaupun berlainan bangsa, kulit, bahasa dan agama adalah berasal dari keturunan yang sama iaitu Adam a.s. Ini dinyatakan oleh Allah swt: bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan. (al Isra:70)

Dalam Islam, Islam juga tidak membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain berdasarkan warna kulit, etnik dan sebagainya. Sabda Rasulullah saw:

“Tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas bangsa Ajam dan tidak ada kelebihan bangsa Ajam ke atas bangsa Arab”.

Sehubungan dengan itu Rasulullah pernah memarahi Abu Zarr apabila Abu Zarr menghina Bilal dengan mengatakan “wahai anak hitam”. Sabda Rasulullah saw “Apakah engkau menghinanya kerana ibunya?, sesungguhnya pada diri mu itu terdapat sifat-sifat jahiliyah” (Sahih Bukhari)

Seterusnya Islam menganjurkan supaya umat Islam mewujudkan hubungan yang mesra antara umat manusia sepertimana firman Allah: Hujurat : 13
 ••           •      •      
Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah  Hujurat : 13).

BAB 2
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

2.1 PENGENALAN
-    Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah.
-    Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory).
-    Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan.


2.2 CIRI-CIRI PLURALISME
-    Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.
-    Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam Melayu. Keputusan tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga.
-    Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka.
-    Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya.

2.3 KEMUNCAK PLURALISME DI ALAM MELAYU
-Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam. Menurut Tom Pires, seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) “Malacca is very famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world ….. It is a city more suitable for trading products than any other in trhe world”(Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6). Manakala seorang lagi penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan “Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6)
-Antara faktor yang membawa keagungannya sehingga diberi jolokan “The Venice of the East”:

 i. Pemerintahan yang bersistematik
Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi dan misi yang jelas untuk maju, untuk menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan barat. Pemerintah telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan seumpama jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya

Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa besar pada masa itu. Hubungan Melaka dengan negara China telah membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segi politik mahu pun dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Manakala dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-anasir luar.

Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan kejawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik. Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan.

Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan.

Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan Islam

ii. Perdagangan
Perdagangan berkembang pesat hasil jaminan keselamatan dan undang-undang. Ancaman lanun dapat dikawal sepenuhnya dengan wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif i. e laksamana, shahbandar dan sebagainya yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

iii. Kebudayaan
Kehadiran imigran adalah tanpa syarat passport, visa dan sebagainya.
Natijahnya, ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kota metropolitan

2.4 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU
-Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris.
-British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang getah.
-Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah ‘divide and rule’ antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu.
-Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja.
-Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain.
-Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme.
-Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka.
-Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti :
-Politik dan pemerintahan
>Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama (sains, ekonomi dan sebagainya)
>Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa (kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan yang lain.

 1. Sistem dan Struktur

>Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu.
>Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya.
2.5 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA
-Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan penjajah.
-Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi beberapa aspek :

 1. Aspek politik

>Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India.
>Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional
>Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada soal pembangunan negara.

 ii. Perlembagaan
Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia)
>Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa perubahan telah dibuat bagi membolehkan penyertaan Sabah Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia.
>Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Ia menjadi asas kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik
 iii. Pendidikan
>Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya telah diteruskan selepas merdeka.
>Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.
>Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk menyatukan kanak-kanak berbilang bangsa di bawah satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

 iv. Ekonomi
>Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu adalah dasar ekonomi bebas “laissez faire”.
>Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua sistem ekonomi iaitu ekonomi tradisional (berasaskan pertanian) yang melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden (berasaskan pasaran dan modal) yang melibatkan orang Cina.
>Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagai masalah ekonomi, antaranya wujud jurang pendapatan yang luas antara etnik.
>Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah pembangunan berencana, antaranya”
 ‒ Rancangan Malaysia
 ‒ DEB
 ‒ Wawasan 2020 dan sebagainya
2.6 KESIMPULAN
Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
>Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya.
>Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam susana aman dan harmoni.


BAB 3
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:
n Menjelaskan faktor British memperkenalkan Malayan Union dan penentangan rakyat Tanah Melayu terhadap Malayan Union
n Menjelaskan Konsep Perlembagaan Persekutuan dan sejarah pembentukannya
n Menghuraikan unsur-unsur tradisi Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial

3.1 PENGENALAN
-Perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi yang menjadi dasar dan panduan dalam pemerintahan sesebuah negara.
-Dalam konteks negara Malaysia, perlembagaan mengandungi beberapa peruntukan yang berkaitan dengan corak pemerintahan negara, kewarganegaraan, agama, bahasa kebangsaan, kewangan, kehakiman, kewarganegaraan, hak asasi, pilihanraya dan sebagainya (Salleh Abbas : 2).


3.2 KONSEP PERLEMBAGAAN
-Definisi perlembagaan: ”Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara” (Hubungan Etnik Di Malaysia, Oxford Fajar). Manakala Salleh Abbas mendefinisikan perlembagaan “suatu suratan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi menubuhkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi semua undang-undang, sama ada yang sudah atau yang akan dibuat” (Salleh Abbas : 2).
-Perlembagaan terbahagi dua iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.
-Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen, contohnya perlembagaan Malaysia. Perlembagaan bertulis boleh dipinda bagi memenuhi tuntutan semasa menerusi proses parlimen (Perkara 159 dan 161E). Manakala perlembagaan tidak bertulis adalah perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen. Ianya merupakan undang-undang yang diputuskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah dan pandangan serta pendapat para ilmuan undang-undang (jurist) yang terkemuka, contohnya perlembagaan negara Brittain. Ini adalah kerana masyarakat Brittain merasakan kehidupan mereka terjamin oleh konvensyen perlembagaan mereka dan kebijaksanaan mahkamah mereka (Salleh Abbas : 3).

3.3 KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
-Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia, yang menjadi punca kepada semua undang-undang samada yang sudah digubal mahu pun yang bakal digubal. Semua undang mestilah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya wujud percanggahan maka ianya akan terbatal dengan sendirinya.

 * Badan eksekutif, legislatif dan kehakiman, malah YDPA juga memperoleh kuasa daripada perlembagaan. Dengan lain perkataan, kesemua badan tersebut tertakluk kepada undang-undang.

-Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual. Secara ringkasnya ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak dll.

 * Perlembagaan berperanan untuk menubuhkan negara, menentukan bentuk pemerintahan, menentukan had-had kuasa pemerintah, menjaga dan mendokong hak asasi serta membahagikan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman serta antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di samping sebagai tempat rujukan tertinggi bagi mahkamah.

-Tiap-tiap negeri di Malaysia juga ada perlembagaan atau Undang-undang Tubuh masing-masing yang menentukan corak pemerintahan negeri berkenaan.

3.4 TUJUAN PERLEMBAGAAN

1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil.
Kemasukan hak istimewa Orang Melayu, agama Islam (perkara 3 (1) dan bahasa Melayu (perkara 152) adalah untuk berlaku adil kepada penduduk peribumi Negara ini.

2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
Terdapat beberapa peruntukan khas kepada YDPA dan raja-raja Melayu. Walau Pun mereka mempunyai bidang kuasa tertentu, tetapi segala tindakan mereka tertakluk kepada (Bahagian 4, Bab 3, Perkara 40). Maka dengan ini dapat mengelak penyalahgunaan kuasa.

3. Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
Perlembagaan bukan sahaja peruntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat (Bahagian 2, Perkara 5-13). Ini dapat mengelakkan dominasi kuasa oleh pihak tertentu.

4. Menjamin keamanan dan kestabilan negara
Melalui sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang mengasasi pergerakan setiap warganegara (Bahagian 2, Perkara 10).

3.5 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
-British kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan september 1945 dan menubuhkan British Militery Administration (BMA), iaitu selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
-Usaha untuk mewujudkan perlembagaan bagi Tanah Melayu bermula apabila British merancang untuk menggabung semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Malayan Union.
-Penubuhan Malayan Union pada dasarnya adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu.
-Walau pun ianya ditentang hebat oleh orang Melayu, namun gagasan tersebut tetap diteruskan di mana Malayan Union diluluskan oleh British pada 10 Okt 1945.
-Bagi menjayakan gagasan tersebut, Sir Harold Mac Micheal ditugaskan untuk mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu. Malayan Union diistiharkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur dengan Sir Edward Gent sebagai gabenor pertama.

3.6 FAKTOR MALAYAN UNION DIPERKENALKAN

 1. Menyatukan negeri-negeri dan mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran kerana negeri Melayu bersekutu dan tidak bersekutu pada masa itu memerlukan perbelanjaan yang besar. Sebelum PDII, Tanah Melayu terbahagi kepada tiga sistem pentadbiran yang berbeza iaitu Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kepelbagaian sistem ini memakan kos yang tinggi dan ini menyebabkan pembangunan ekonomi tidak seimbangan antara satu negeri dengan negeri yang lain.
 2. British menyimpan dendam terhadap Orang Melayu yang telah dikatakan telah memberi sokongan kepada Jepun dalam PDII. Dengan pembentukan Malayan Union, British berharap orang Melayu akan menumpukan taat setia kepada Malayan Union dan orang bukan Melayu akan melupakan negara asal mereka. Ia akan menjamin kepesatan pembangunan ekonomi Malayan Union.
 3. Bagi menyediakan Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri apabila Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan satu masa nanti.

3.7 CIRI-CIRI MALAYAN UNION

 1. Malayan Union mengandungi sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
 2. Singapura kekal sebagai tanah Jajahan British dan ditadbirkan oleh seorang Gabenor.
 3. Pentadbiran Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British, dan ianya dibantu oleh dua buah majlis iaitu Majlis eksekutif dan Majlis Legislatif.
 4. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam adat dan agama Islam sahaja.
 5. Hak kerakyatan sama bagi semua tanpa mengira etnik menerusi konsep jus soli. Melalui konsep ini etnik imigran yang layak mendapat taraf warga negara ialah:

§ berumor 18 tahun atau lebih dan telah menetap di Tanah Melayu selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942, dan
§ Mereka yang lahir di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union.
3.8 PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION

Sebab penentangan:

1. Pemerintahan negeri Melayu diletakkan di bawah gabenor British.
2. Penghakisan kuasa raja-raja Melayu. Mereka berkuasa hanya pada agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Orang Melayu sukar menerima konsep pemerintahan Malayan Union kerana mereka menganggap raja-raja Melayu adalah pelindung mereka. Pada mereka raja-raja Melayu adalah lambang kekusaan orang Melayu, hilangnya kuasa raja-raja Melayu bermakna lenyapnya kuasa orang Melayu.
3. Cara British mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan cara paksaan dan ugutan. Sebagai contoh Sir Harold MacMichael mengugut Sultan Badlishah Kedah akan kehilangan kuasa sekiranya baginda enggan menandatangi persetujuan perjanjian untuk menubuhkan Malayan Union.
4. Kebanyakan sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti mana yang terjadi kepada Sultan Perak.
5. Hak kerakyatan diberikan kepada bukan Melayu. Mereka bimbang pemberian kerakyatan yang begitu mudah akan mengancam status quo orang Melayu dan akan membawa kesan politik dan ekonomi orang Melayu. Kebimbangan mereka ini ada rasionalnya kerana pada tahun 1947 orang Melayu hanya mewakili 47.46% dari jumlah penduduk Tanah Melayu.

Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union adalah dalam pelbagai bentuk antaranya melalui media massa (Utusan Melayu, Majlis, Saudara, Warta Malaya) dan melalui organisasi (Persatuan Melayu Singapura, Persatuan Melayu Selangor, Kesatuan Melayu Muda dan sebagainya)Nazaruddin, p.30. Di Alor Star, lebih 50, 000 orang Melayu telah mengadakan demonstrasi pada Januari 1946, di Kelantan 10, 000 orang telah berdemonstrasi pada 15 Disember 1945 bilamana Mac Michael tiba untuk mendapat tandatangan Sultan Kelantan, manakala di Johor pula lebih 15, 000 mengadakan demonstrasi pada 10 Februari 1946. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union telah menyebabkan British mengambil keputusan untuk membubarkan Malayan Union.

Penentangan terhadap Malayan Union bukan sahaja datang dari orang Melayu tetapi juga dari bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi. Mereka telah menyuarakan pandangan mereka melalui media di London supaya British menjaga kepentingan dan hak istimewa orang Melayu.

Walau bagaimana pun terdapat juga sebilanngan kecil orang Melayu dan parti politik yang menyokong pembentukan Malayan Union. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan Melayu radikal. Antaranya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar.

Tentangan beberapa pihak diatas telah menyebabkan British bersetuju untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.

PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Selepas pembubaran Malayan Union, British telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi merangka perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan Malayan Union. Jawatankuasa tersebut terdiri dari 6 orang pegawai British, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 2 orang wakil Umno.

Jawatankuasa Kerja tersebut telah membuat beberapa cadangan, antaranya:
i. Mengekalkan kuasa dan daulat raja-raja Melayu
ii. Mengetatkan syarat pemberian taraf kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu
iii. Mengekalkan hak istimewa orang Melayu

Walau bagaimana pun beberapa pihak telah menolak cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja tersebut, antaranya:
1.    All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang dipimpin oleh Tan Cheng Lock menyarankan beberapa perkara:
– Penyatuan negeri termasuk Singapura
– Pemerintahan oleh sebuah badan legislatif pusat dan ahlinya dipilih oleh rakyat
– Taraf kewarganegaraan yang sama untuk semua

2.    PUTERA yang dianggotai oleh Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS), mahukan:
– Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi
– Hubungan luar dan pertahanan adalah di bawah tanggungjawab bersama antara kerajaan Malaya dan British
– Perkataan “Melayu” digunakan untuk kerakyatan Malaya
– Warna pada bendera mestilah menggunakan warna kebangsaan Melayu

1 Februari 1948 British isytiharkan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Ciri-cirinya:

Persekutuan Tanah Melayu terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat. Singapura kekal sebagai sebuah tanah jajahan British.

Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerja.

Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British.

Orang Melayu diberi hak istimewa

Syarat kewarganegaraan diperketatkan. i.e orang yang layak memohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan bermestautin selama 8 daripada 12 tahun sebelum permohonannya dan mempunyai pengetahuan B. Melayu atau Inggeris dengan baik.

3.9 HUBUNGAN ETNIK SEBELUM MERDEKA
Perpaduan dan hubungan antara etnik merupan satu permasalahan besar. Ini adalah disebabkan penduduk negara ini bukan sahaja terdiri dari berbilang etnik abahkan juga berbilang budaya, adat agama dan bahasa. Masing-masing ingin menjadikan bahasa ibunda, agama, adat budaya masing-masing sebagai teras dalam pembentukan negara.

British cuba menyelesaikan permasalah ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum pada tahun 1949 (Comunities Liason Committee-CLC) sebagai medan perbincangan dan pemyelesaian apa jua masalah perkauman. Ini termasuklah masalah kewarganegaraan, politik, ekonomi, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu penubuhan jawatankuasa ini dianggap amat bermakna dan dan bertindak sebagai forum dalam menyemai semangat tolak ansur antara etnik demi kemajuan dan keamanan negara.

Semangat tolak ansur antara etnik tersebut dapat dilihat menerusi kerjasama antara etnik dalam pilihanraya perbandaran dan pilihan raya umum. Pakatan UMNO dan MCA dalam pilihanraya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 telahmemenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan. Manakala pilihanraya umum 1955 menyaksikan Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi.

Memorandum Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London pada Februari 1956 untuk berunding mengenai kemerdekaan Malaya. Rombongan tersebut diwakili oleh 4 orang wakil raja-raja Melayu iaitu Datuk Panglima Garang, Dato’ Ahmad Kamil, Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd Sheth; manakala wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Dr. Ismail Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S. Lee dan wakil British Malaya.

Hasilnya satu perjanjian telah ditandatangani pada 8 Feb. 1956 yang dinamakan Perjanjian London. Aantara isi kandungan Perjanjian London ialah:
– British akan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
– Sistem pemerintahan T. Melayu adalah demokrasi dan Tanah Melayu adalah anggota Komanwel.
– British berhak menempatkan tenteranya di T. Melayu.
– Sebuah Suruhanjaya bebas bagi merangka perlembagaan T. Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Susulan daripada Perjanjian London, British memerintahkan supaya dirangka satu perlembagaan baru bagi Persekutuan Malaya yang merdeka. Sebuah Suruhanjaya telah ditubuhkan dan diketuai oleh Lord Reid. Manakala ahlinya terdiri daripada Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell (Australia), B.Malik (India) dan hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya tersebut dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid mengambil sempena nama ketuanya iaitu Lord Reid.

Mesyuarat demi mesyuarat telah di adakan oleh Suruhanjaya tersebut dari bulan Jun hingga Oktober 1956 da telah mengadakan telah menerima sebanyak 131 memorandum bertulis daripada parti politik dan juga orang ramai. Ini menunjukkan ianya telah mendapat persetujuan ramai baik Melayu dan bukan Melayu. Cadangan perlembagaan Suruhanjaya Reiod telah diterima oleh Majlis Kerja Persekutuan (Faderal Legislative Council) pada 15 Ogos 1957 dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.

Berasaskan kepada beberapa perkara seperti kedudukan Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua negara, orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal negara ini dan diberi hak istimewa, bahasa Melayu dan agama Islam diiktiraf sebagai bahasa dan agama rasmi negara, pemberian kewarganegaraan kepada bukan Melayu yang lahir di Malaya selepas merdeka; maka dianggap Perlembagaan Malaya bolehlah dikatakan satu perlembagaan berasaskan sistem monarki dan sistem demokrasi.

Orang Melayu dan bukan Melayu telah bersetuju mengenai beberapa perkara penting seperti hak kewarganegaraan, hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu. Inilah yang dikatakan kontrak sosial. 
Prof Ahmad Ibrahim: Perlembagaan Malaysia digubal atas persetujuan ramai. Oleh itu ia bukan sahaja dokumen perundangan tetapi juga merupakan kontrak sosial antara etnik di Malaysia.

3.10 Unsur-Unsur Tradisi Perlembagaan dan Kontrak Sosial.

1. Bahasa Melayu.
Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Ia mestilah dugunakan untuk maksud-maksud rasmi seperti dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu, Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri dsb. Walau bagaimana pun Perkara 152 (1) menyatakan penggunaan bahasa lain dalam pertuturan, pengajaran dan pembelajaran adalah tidak dilarang.

Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan juga tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya wujud pihak tertentu menggunakan isu bahasa i.e untuk meraih undi, maka ia boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1984, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Ordinan (kuasa-kuasa perlu) Darurat Nombor 45, 1970.

Kesan dari jaminan Perlembagaan Persekutuan dan dari usaha untuk memertabatkan Bahasa Melayu telah melahirkan Dasar Pelajaran kebangsaan dan juga penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970.

2. Agama Islam
Dimaktubkan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan di mana “Islam merupakan agama bagi Persekutuan”, iaitu agama rasmi negara. Walau bagaimana pun Perlembagaan tetap memberi kebebasan terhadap agama lain iaitu “agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan (Perlembagaan Persekutuan 1995; Perkara 3(1).

Jaminan kebebasan beragama ini dinyatakan dalam Perlembagaan(Perkara 11) :
 1. Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, dan tertakluk kepada fasal (4), mengembangkan agamanya.
 2. Tiada siapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diperuntukkan khas samada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud suatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.
 3. Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak:
 1. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
 2. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat; dan
 3. Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang (Perlembagaan Persekutuan 1995; Perkara 11:8)

Namun (Perkara 11) juga menyatakan limitasinya iaitu:
 o Ia perlulah memelihara ketenteraman dan keharmonian masyarakat awam, kesihatan awam dan akhlak atau tingkah laku.
 o Seseorang tidak boleh dipaksa membayar apa-apa cukai atau bayaran untuk tujuan bukan agamanya.
 o Hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan dalam kes wilayah Persekutuan, jika penyebaran agama itu dibuat di kalangan mereka yang sudah menganut agama Islam.

 * Disamping menjelaskan status agama Islam sebagai agama Persekutuan, Perlembagaan juga menyatakan bahawa mazhab yang diiktiraf iaitu mazhab Shafei dari Ahli Sunnah Waljamaah
 * Natijah daripada pengiktirafan Islam sebagai agama persekutuan, maka kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri mempunyai kuasa dan kebebasan untuk menubuh, menyelenggara institusi-insitusi Islam serta mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan perkembangan Islam (Perkara 12).
 * Dalam konteks ketua agama Islam, maka perlembagaan menyatakan Sultan adalah ketua agama di negerinya masing-masing. YDPA adalah ketua agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, P.Pinang, Sabah dan Sarawak.

 3. Hak istimewa Orang Melayu

– Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan Orang Melayu sebagai:
>Beragama Islam
>Bertutur bahasa Melayu
>Mengamalkan adat istiadat Melayu

 * Perkara berkaitan dengan Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak ialah:
 1. Perkhidmatan awam

-Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tanggungjawab YDPA atas nasihat Jemaah Menteri merizabkan untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam memandangkan sebelum ini amat kurang golongan tersebut memegang jawatan perkhidmatan awam.

 2. Ekonomi

-Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan Hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang ekonomi.
-Jika sesuatu permit atau lessen yang dikehendaki bagi menjalankan perniagaan atau perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi mengeluarkan permit atau lessen tersebut. Ini bagi menolong golongan tersebut melibatkan diri dalam perniagaan memandangkan tidak ramai dari kalangan mereka yang terlibat dalam sector tersebut semasa penjajahan.

 3. Pendidikan.

-Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA bertanggungjawab menentukan perizaban kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak seumpama biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan persekutuan.
-Namun YDPA tidak boleh memberhentikan apa-apa biasiswa, bantuan kepada kaum-kaum lain.

 4. Tanah Rizab Melayu (Perkara 89 dan 90).

-Tanah yang dirizabkan untuk orang Melayu dan tidak boleh ditukar milik dan diselenggarakan kepada bukan Melayu.
-Menurut Mohd Salleh Abbas, ianya dijelaskan dalam “Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.”
-Walau bagaimana pun menurut beliau lagi, “pada amamalannya banyak tanah rizab Melayu telah dipindahkanke tangan orang bukan Melayu”.
v. Pemerintahan Beraja
-Institusi Raja terus dikekalkan mana sistem pemerintahan Malaysia dikenali sebagai pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
3.11 Rasional Perkara 153

 1. Pengorbanan orang Melayu dalam masalah kewarganegaraan.

-Semasa proses penggubalan Perlembagaan dilakukan semangat toleransi di antara orang melayu dan bukan Melayu ini dapat dilihat di mana orang Melayu sanggup berkorban dengan memberi kerakyatan kepada bukan Melayu. Orang Melayu menerima prinsip jus soli iaitu pengecualian mengetahui bahasa Melayu kepada bukan Melayu. Ini membawa kepada pemberian kerakyatan kepada 800, 000 kepada orang Cina.

 2. Perkhidmatan awam.

-Semasa pemerintahan British, jawatn tinggi dipegang oleh British dan jawatan bawahan pula dipegang oleh orang India dan Sri Lanka yang boleh bertutur bahasa Inggeris. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampong hanyalah sebagai petani sahaja.


 1. Ekonomi.

-Peruntukan ini adalah untuk menolong orang Melayu melibatkan diri dalam dunia perniagaan memandangkan amat sedikit orang Melayu terlibat dalam bidang tersebut sebelum merdeka.
-Kerajaan juga ingin menghapuskan dominasi dan pengenalan satu-satu etnik mengikut pekerjaan. Oleh itu kerajaan lancarkan DEB.

 2. Pendidikan

-Keistimewaan dalam bidang pendidikan ini adalah untuk mengelak orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi. Ini adalah kerana maju mundurnya ekonomi orang Melayu adalah bergantung kepada pendidikan yang mereka terima.
3.12 ISLAM DAN PERLEMBAGAAN
-Konsep negara berperlembagaan diperkenalkan oleh Rasulullah melalui penggubalan Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah). S. Madinah mengandungi 47 fasal.
-Ianya merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Prinsip-prinsip penting Sahifah Madinah dapat diringkaskan:
-Penggantian ikatan kesukuan atau keetnikan digantikan dengan ikatan keislaman.
– Fasal ke2 menyatakan ” Sesungguhnya umat Islam di Yathrib dan Quraisy adalah satu umat.”. Kesatuan umat Yathrib tidak berdasarkan asal usul dan suku kaum, tetapi beradasarkan ikatan agama.Fasal ke25 kemudiannya pula menyebut bahawa orang-orang Yahudi dari Bani Auf adalah segolongan dengan orang-orang mukmin.” Ini bermakna Yahudi juga dikira sebahagian dari umat Madinah.
-Pengiktirafan semua etnik terhadap Rasulullah sebagai ketua negara Madinah.
– Fasal ke23 menyebut ”Sekiranya berlaku perselisihan faham antara kabilah atau etnik dalam satu-satu perkara, maka ianya hendaklah diselesaikan mengikut agama Islam dan dirujukkan kepada Rasulullah”. Ini akan memberi keadilan kepada semua kabilah atau etnik tanpa mengira asal usul mereka.
– Penekanan kepada prinsip persamaan dan keadilan kepada semua orang tanpa diskriminasi.
– Fasal ke 15 dengan jelas menyatakan bahawa orang-orang yang beriman, orang-orang yang lemah akan diberi perlindungan supaya menjadi kuat. Perlindungan ini tanpa mengira kabilah atau puak.
– Fasal ke 16 ”Orang-orang Yahudi yang mengikuti langkah kami, akan memperoleh pertolongan dan hak yang sama. Mereka tidak akan dianayai dan dimusuhi.
-Kebebasan di dalam mengamalkan adat tradisi masing-masing.
– Setiap etnik dibenar meneruskan adat tradisi yang mereka warisi dari nenek moyang meraka. Ini dinyatakan dalam Fasal ke3 ”Kaum Mahajirin bebas melaksanakan kebiasaan mereka. Mereka menerima atau membayar tebusan darah antara mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil”.
– Begitu juga fasal ke4 ”Suku Bani Auf bebas melaksanakan kebiasaan mereka, akan menerima dan membayar tebusan darah serta menebus tawanan mereka sendiri dengan cara yang baik dan adil, di antara orang-orang yang beriman
-Memerangi kemungkaran adalah tanggungjawab semua kabilah atau etnik.
– Fasal ke13 menyatakan : Orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah harus melawan orang-orang yang melakukan kejahatan, dosa, rasuah, meskipun yang melakukan itu adalah anak atau kabilahnya sendiri.

 * Dilarang bantu membantu dalam kejahatan.

– Fasal ke 14 Orang-orang beriman tidak boleh membunuh sesama orang beriman untuk kepentingan orang kafir. Orang-orang beriman juga tidak boleh membantu orang kafir memusuhi orang beriman.

KESIMPULAN
Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, perlembagaan merupakan sebuah dokumen yang penting dalam sesebuah negara. Ia merupakan dasar yang menyatakan hala tuju dalam pemerintahan sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, proses penggubalannya memakan masa yang panjang dan mengambil kira pelbagai faktor seperti kedudukan orang Melayu, kerakyatan etnik imigran, kedudukan sistem beraja, agama, bahasa dan sebagainya.
Pengorbanan orang Melayu dan penerimaan etnik imigran terhadap perkara-perkara yang terkandung dalam perlembagaan telah membawa kepada keamanan negara, perpaduan yang jitu di kalangan rakyat. Kesejahteraan dan keharmonian hidup ini membolehkan kerajaan menumpukan usaha untuk membangunkan negara ke arah menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

BAB 4
PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:

 1. Menjelaskan konsep pembangunan politik
 2. Menghuraikan proses pembangunan politik di Malaysia
 3. Menghuraikan kemunculan politik berparti di Malaysia
 4. Menganalisis bagaimana bagaimana politik mampu memupuk hubungan etnik yang harmonis


4.1 PENGENALAN
-Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang etnik yang diwarisi dari zaman penjajahan.
-Oleh itu perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara, ini adalah bagi memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin.
-Persoalannya sejauhmanakah masyarakat Malaysia kini prihatin terhadap semangat perpaduan dan menjiwai konsep bangsa Malaysia yang dilaungkan oleh pemerintah.


4.2 KONSEP PEMBANGUNAN POLITIK
-Menurut para sarjana sains sosial dan kamanusiaan, pembangunan adalah sebahagian daripada proses perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya. Pembangunan itu pula dibahagikan oleh mereka kepada dua kategori besar. Pertama, pembangunan yang dirancangkan, dan kedua pembangunan yang tidak dirancangkan. Ternyata hampir keseluruhan tumpuan dunia selama ini adalah terhadap pembangunan yang dirancang.
-Pembangunan berbentuk ini melibatkan usaha sedar manusia merancang perubahan dalam hidup mereka. Tindakan ini sering diungkapkan sebagai social engineering yang pula melibatkan banyak pihak untuk menjayakannya:perecana, pelaksana, penerima dan terpenting sekali pembiaya. Dalam konteks sebuah masyarakat, tindakan merancang pembangunan menjadi tanggungjawab semua lapisan rakyat, masing - masing dengan bentuk sumbangan yang tertentu. Ahli politik, anggota profesional, para akademik, saudagar dan pemodal, pakar teknologi, kaum tani, kelas pekerja dan berbagai-bagai golongan lain termasuk rakyat terbanyak, semuanya sama-sama terlibat memupuk proses pembangunan berbentuk ini.
-Alat utama dalam pembangunan yang dirancangkan ini adalah sebuah institutsi yang dikenal sebagai "perancang pembangunan" atau development planning. Institutsi ini pula bertunjangkan satu elemen penting yang disebut "Rencana Pembangunan" atau development plan 1. Rencana pembangunan ini dirakamkan secara bertulis dalam sebuah buku, yakni buku rencana pembangunan..(Shamsul Amri Baharuddin, (1990). Masyarakat Malaysia Yang Membangun. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur).

-Pembangunan politik dianggap sebagai prasyarat kepada pembangunan ekonomi sosial dan sebagainya. Ini adalah kerana pembangunan aspek tersebut tidak boleh dicapai tanpa melalui sistem politik tertentu. Oleh itu berjaya atau tidaknya usaha untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara adalah bergantung pada senarion, ideologi dan sistem politik negara terbabit (Ahmad Shukri bin Mohd Nain dan Rosman Mohd Yusof, 2009. Konsep, teori dan isu pembangunan, Johor Bahru : UTM, p. 162)
-Pembangunan politik bermakna modenisasi politik iaitu membangunkan sistem politik demokrasi barat sebagai model pembangunan politik negara membangun.
-Sehubungan dengan itu pembangunan politik juga merujuk kepada suatu sistem yang bersifat tempatan seperti sistem kekerabatan, kesukuan digantikan dgn sistem pentadbiran yang menggunakan prosedur yang standard untuk mempertahankan kestabilan dan menguruskan segala sumber ekonomi yang produktif untuk kepentingan bersama sebagai sebuah negara. Unsur nasionalisme dalam konteks mewujudkan sebuah negara adalah penting. Dengan perkataan lain, konsep pembangunan politik juga dikaitkan dengan pembangunan negara-bangsa.
-Matlamat pembangunan politik adalah untuk membina negara bangsa. iaitu bangsa Malaysia yang yang bersatupadu dan hidup dalam suasana aman damai.
-Kaedah pembinaan negara bangsa (Kaedah top down):
>Penghayatan ideologi negara i.e Rukun Negara (lihat di bawah).
>Penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh kerajaan
>Pemupukan semangat nasionlisme melalui lambang dan ritual negara

 * Pembangunan politik juga melibatkan perubahan dalam aspek struktural dan budaya sehingga membawa kepada perubahan sistem politik masyarakat. Ianya melibatkan tiga proses utama, iaitu:

i. Perbezaan struktural politik: iaitu perubahan dari konsep feudal kepada struktur pembahagian kuasa kepada kehakiman, eksekutif dan perundangan.
ii. Sekularisasi budaya politik: Perubahan daripada budaya politik feudal yang tidak memisahkan antara agama dengan negara kepada pemisahan antara kedua-duanya.
iii. Penyertaan politik oleh rakyat: kuasa rakayat dalam menentukan hala tuju politik.

-Pembangunan politik oleh diukur dan dianggap tercapai (wujud demokrasi) sekiranya wujud :
>Parti-parti politik
>Majlis perwakilan rakyat atau parlimen
>Perlembagaan negara
>pilihan raya
4.3 PELAKSANAAN PEMBANGUNAN POLITIK DI MALAYSIA
-Dalam usaha membina negara bangsa, Malaysia hadapi pelbagai cabaran, antaranya migrasi, penjajahan, wilayah yang berbeza, etnik yang berbeza dan kerajaan yang berbeza.
-Walaubagaimana pun, Malaysia komited untuk membina sebuah negara bangsa yang aman lagi makmur.
-Bagi merealisasikan hasrat tersebut, beberapa kaedah digunakan, antaranya:
 i. Program penghayatan ideologi negara i. e Rukun Negara
 ii. Penerapan dasar-dasar awam i. e DEB, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan (lihat bab 5).

-Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dan diisytiharkan pada Ogos 1970.
-Ia adalah bagi mewujudkan interaksi antara etnik di Malaysia, ekoran dari peristiwa 13 Mei 1969, di mana berlaku perselisihan antara etnik Melayu dengan etnik Cina yang berpunca dari ketidakpuasan hati mengenai kedudukan sosio-ekonomi antara etnik Melayu dengan bukan Melayu.
RUKUN NEGARA
-Matlamat Rukun Negara adalah:
>Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
>Memelihara satu cara hidup demokratik.
>Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
>Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak
>Membina satu masyarakat yang progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden.

-Bagi mencapai matlamat tersebut, maka dirangka 5 prinsip Rukun Negara:
>Kepercayaan kepada Tuhan
>Kesetiaan kepada Raja dan Negara
>Keluhuran Perlembagaan
>Kedaulatan Undang-Undang
>Kesopanan dan kesusilaan.
4.4 KEMAJMUKAN ETNIK DALAM SISTEM POLITIK DI MALAYSIA
Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan jumlah penduduk seramai hampir 26.6j (2006) orang yang terdiri dari etnik Melayu (55%), Cina (25%), India (7%) dan etnik Sabah dan Sarawak. Kemajmukan sistem politik Malaysia dapat dilihat dari sudut:

 1. Demografi dan komposisi penduduk di Malaysia:

 Ä Secara keseluruhannya etnik Melayu merupakan etnik majoriti di Malaysia
 Ä Komposisi etnik antara negeri adalah tidak seimbang di mana Kelantan 90% daripada rakyatnya adalah orang Melayu, manakala P.Pinang mempunyai komposisi penduduk yang agak seimbang antara Melayu dan bukan Melayu. Di Sarawak dan Sabah majoriti penduduknya adalah etnik peribumi Sabah dan Sarawak, orang Melayu dan Cina merupakan penduduk minoriti.

 2. Data pilihanraya, antaranya dapat di simpulkan:

 i. Di semenanjung dominasi etnik Melayu dalam pilihanraya adalah jelas, di mana Melayu menguasai 125 kerusi parlimen 2004
 ii. Di Sabah dan Sarawak 31 kerusi dimenangi oleh etnik peribumi. Ini menjadikan kurusi Melayu dan bumiputera 156 kerusi (71.2%).
 iii. Cina semenanjung mempunyai 23 kerusi parlimen (10.5%)
 iv. Cina Sabah dan sarawak memenangi 7 kerusi. Ini menjadikan kerusi etnik Cina keseluruhannya 30 kerusi (13.7%).
 v. Tiada satu kerusi parlimen pun majoriti pengundi India.
 vi. Daripada 219 kerusi parlimen 33 kerusi (15.1%) adalah kerusi plural. Ini bermakna dalam kawasan parlimen tersebut tiada satu pun etnik yang mewakili etnik majoriti pengundi di kawasan berkenaan.
 vii. Formula agihan kerusi parlimen berdasarkan komposisi penduduk satu-satu kawasan telah berjaya meneruskan konsep kerjasama politik dan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional.
4.5 KERJASAMA POLITIK DAN HUBUNGAN ETNIK
-British telah berjaya mengubah struktural politik Tanah Melayu daripada politik tradisional kepada sistem politik moden iaitu dengan memperkenalkan sistem pembahagian kuasa.
-Sistem politik moden telah melahirkan pelbagai parti politik. Di Malaysia, ianya adalah bersifat keetnikan.
-Namun ia tidak menghalang wujudnya kerjasama antara parti politik. Usaha untuk mengadakan kerjasama politik yang berteraskan etnik ini telah dimulakan dengan pembentukan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1952.
-Perikatan telah menyertai Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Mereka memenangi 9 daripada 12 kerusi Pilihan raya Perbandaran Kuala Lumpur yang di adakan pada Februari 1952.
-Kerjasama tersebut diperkukuhkan lagi dengan penyertaan MIC pada tahun 1954 dan seterusnya membentuk parti Perikatan. Perikatan dan telah berjaya menawan 51 daripada 52 kerusi dalam pilihanraya 1955.
-Percubaan untuk menghindarkan parti berbentuk etnik dan menubuhkan parti multi etnik telah dilakukan oleh Dato’ Onn Jaafar dgn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tetapi ditolak oleh parti-parti politik di Malaya ketika itu.
-Pada 1972, Perikatan telah ditukar nama kepada Barisan Nasional bagi membolehkan lebih banyak parti politik menyertai kerjasama tersebut.
-Penubuhan BN disambut baik oleh rakyat negara ini. Ini dibuktikan dengan penguasaannya terhadap kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri di kebanyakan negeri dan kemampuannya memerintah Malaysia sehingga kini.

4.6 ASAS-ASAS PENTING POLITIK DIMALAYSIA
-Kontrak sosial.
– KS adalah persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina, India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu.
– Diantara perkara penting dalam KS ialah :
>Kedudukan, kedaulatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu tidakboleh dipersoal.
>Hak istimewa orang Melayu tidak boleh dipersoal.
>Hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli.
>Islam sebagai agama persekutuan.
>Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.
-Perjanjian Malaysia 1967
– Perjanjian yang dicapai bagi penubuhan Persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ia tidak mengubah kedudukan Kontrak Sosial sebelum ini
20 PERKARA TUNTUTAN SABAH YANG DITERIMA DALAM PERLEMBAGAAN
Perkara 1: AGAMA
...
"walaupun tiada bantahan terhadap islam menjadi agama rasmi malaysia, agama rasmi tidak ada di borneo utara dan peruntukan berhubung dengan islam mengikut pelembangaan malaya hendaklah tidak merangkumi borneo utara."

Perkara 2: BAHASA

"(a) bahasa melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan persekutuan.
(b) bahasa inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari malaysia.
(c) bahasa inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi borneo utara, untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun persekutuan tanpa had tempuh."

Perkara 3: PERLEMBAGAAN

"walaupun perlembagaan persekutuan malaya diterima sebagai asas perlembagaan malaysia, perlembagaan malaysia hendaklah menjadi dokumen antara negeri dan bukan berbentuk beberapa siri pindaan terhadap perlembagaan yang dipersetujui dalam keadaan yang berlainan sama sekali. perlembagaan baru untuk borneo utara sudah tentu perlu."

Perkara 4: KETUA PERSEKUTUAN

"ketua negara borneo utara tidak boleh menjadi ketua negara persukutan."

Perkara 5: NAMA PERSEKUTUAN

"malaysia" bukannya "melayu raya".

Perkara 6: IMIGRESEN

"kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawasan di malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan pusat tetapi kemasukan ke borneo utara perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri. kerajaan persekutan tidak boleh menghalang kemasukan orang ke borneo utara untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas sebab keselamatan.

borneo utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergarakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di malaysia ke dalam borneo utara, selain daripada yang bekerja dengan kerajjan persekutuan di borneo utara."

Perkara 7: HAK PEMISAH

"tidak harus ada sebarang hak untuk berpisah daripada persekutuan."

Perkara 8: PERBORNEOAN

"pengambilalihan perkhidmatan awam oleh rakyat borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin."

Perkara 9: PEGAWAI BRITISH

"segala usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai british kekal dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil oleh orang-orang yang layak dari borneo utara."

Perkara 10: KEWARGANEGARAAN

"saranan-saranan dalam perengaan 148 (k) laporan suruhanjaya cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat borneo utara dalam persekutuan, tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:

(a) perenggan kecil (i) tidak harus mengandungi peruntukan menetap selama lima tahun;

(b) demi menyelaraskannya kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepulah tahun" dan bukkannya "lapan daripada dua belas tahun"; dan

(c) perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa - seseorang yang lahir di borneo utara selepas malaysia mestilah menjadi warganegara persekutuan."

Perkara 11: TARIF DAN KEWANGAN

"borneo utara hendaklah berhak mengawal kewangan tabung pembangunan dan tarifnya sendiri."

Bab12 Perkara 12:KEDUDUKAN ISTEMEWA KAUM BUMIPUTERA

"pada prinsipnya suku kaum bumiputera di borneo utara hendaklah menikmati hak-hak istemewa seperti yang dinikmati oleh kaum melayu di malaya, tetapi formuka malaya yang digunakan di malaya ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk borneo utara."

Perkara 13: KERAJAAN NEGERI

"(a) ketua menteri hendaklah dipilih oleh anggota-anggota majlis perundangan tidak rasmi;
(b) sistem menteri yang sempurana hendaklah diujudkan di-borneo utara."

Perkara14: TEMPOH PERALIHAN

"tempoh peralihan hendaklah diserahkan pada negeri borneo utara oleh perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan persekutuan."

Perkara15: PELAJARAN

"sistem pendidikan yang ada di-borneo utara sekarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negiri."

Perkara16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

"kerajaan pusat tidak boleh membuat sebarang puindaan, mengubahsuai atau menarik balik mana-mana perlindungan khas yang telah diberikan kepada borneo utara tanpa persetujuan kerajaan borneo utara. kuasa membinda perlembagaan negeri borneo utara adalah hak mutlak rakyat negeri itu."

Perkara17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

"ini hendaklah mengambil kira bukan saja jumlah penduduk borneo utara tetapi juga saiz dan petensinya dan dalam apa keadaan pun tidak harus kurang daripada singapura."

Perkara18: GELARAN KETUA NEGARA

"yang di pertua negara"

Perkara19: NAMA NEGERI

sabah

Perkara20: TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

"peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berhubung dengan kuasa majlis tanah negara tidak harus merangkumi borneo utara. majlis kebangsaan bagi kerajaan tempatan juga tid...ak harus merangkumi borneo utara."

-Perkongsian kuasa
 ─ Perkongsian kuasa di bidang politik di Malaysia bermula pada tahun 1950an dengan penubuhan parti Perikatan (kemudiannya BN), di mana pemimpin ketiga-tiga etnik terbesar (Melayu, Cina dan India) sedar bahawa kunci keamanan adalah bertitik tolak dari pemuafakatan etnik di bidang politik
 ─ Konsep perkongsian kuasa ini memberi peluang kepada semua etnik, sama ada kecil atau besar, terlibat dalam pentadbiran negara.
-Kerajaan Demokratik
 ─ Antara asas penting dalam politik di Malaysia ialah kerajaan yang demokratik, di mana Malaysia telah mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen sejak merdeka 1957.
 ─ Menerusi sistem ini setiap etnik berpeluang menyatakan hasrat, cadangan dan juga bangkangan terhadap kerajaan dan juga dasar-dasarnya, selagi ia tidak menyentuh sensitiviti etnik dan merosakkan keamanan negara.

4.7 HUBUNGAN ETNIK SELEPAS MERDEKA
-Secara umumnya Malaysia telah berjaya memupuk perpaduan dan integrasi etnik di kalangan rakyatnya. Bahkan Malaysia dijadikan contoh sebuah negara berbilang etnik yang dapat hidup aman harmoni.
-Namun hubungan etnik dalam sosial adalah kurang mantap, hanya wujud secara luaran sahaja.
-Buktinya:
– 1980an kerajaan menggunakan ISA untuk menahan individu yang mengapi-apikan perkauman
– Peristiwa Kampung Medan 2000, pertelingkahan antara Melayu dengan India
-Bagi merealisasikan hubungan etnik yang sebenarnya kerajaan telah mengambil langkah mewujud dasar-dasar yang dirangka kerajaan i.e DEB, Wawasan 2020 dan sebagainya.
>Dasar-dasar tersebut menyediakan peluang kepada semua etnik untuk berada dalam ruang fizikal dan bukan fizikal yang sama.
>Ia juga banyak mempertemukan perbincangan antara etnik demi pembentukan negara bangsa Malaysia yang maju i.e dalam ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya.


PENDEKATAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN POLITIK
Prinsip-prinsip Utama Sistem Politik Islam

 * Musyawarah

Asas musyawarah yang paling utama adldah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan oarang-oarang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara pelaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan-jalan bagi menetukan perkara-perkara baru yang timbul di dalangan ummah melalui proses ijtihad.

 * Keadilan

Prinsip ini adalah berkaitan dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Dalam pelaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan merangkumi segala jenis perhubungan yang berlaku dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersebgketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak-anaknya.kewajipan berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

 * Kebebasan

Kebebasan yang diipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berterskan kepada makruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenaradalah tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta menjadi asas-asas utama bagi undang-undang perlembagaan negara Islam.

 * Persamaan

Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapatkan dan menuntut hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat-peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah kuatkuasa undang-undang.

 * Hak menghisab pihak pemerintah

Hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajipan pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal-hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran. Dalam pengertian yang luas, ini juga bererti bahawa rakyat berhak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.
Tujuan Politik Menurut Islam
Tujuan sistem politik Islam adalah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syariat Islam. Tujuan utamanya ialah menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syariat, maka akan tertegaklah Ad-Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan-tuntutan Ad-Din tersebut. Para fuqahak Islam telah menggariskan 10 perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam:

 1. Memelihara keimanan menurut prinsip-prinsip yang telah disepakati oleh ulamak salaf daripada kalangan umat Islam
 2. Melaksanakan proses pengadilan dikalangan rakyat dan menyelesaikan masalah dikalangan orang-orang yang berselisih
 3. Menjaga keamanan daerah-daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai
 4. Melaksanakan hukuman-hukuman yang telah ditetapkan syarak demi melindungi hak-hak manusia
 5. Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar
 6. Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam
 7. Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat, dan sedekah sebagaimana yang ditetapkan syarak
 8. Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros atau kikir
 9. Melantik pegawai-pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal-ehwal pentadbiran negara
 10. Menjalankan pengawalan dan pemeriksaan yang rapi dalam hal-ehwal awam demi untuk memimpin negara dan melindungi Ad-Din

BAB 5
PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

5.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan hubung kait pembangunan ekonomi dan hubungan etnik. Ia juga akan menjelaskan konsep modenisasi, pembangunan ekonomi dan politik.

5.2 KONSEP MODENISASI
1.    Modenisasi : proses transformasi / merubah sesebuah masyarakat dalam segenap bidang kehidupan samada politik, sosial, ekonomi dll.
2.    Transformasi terbahagi kepada dua iaitu berencana dan tidak berencana
3.    Transformasi berencana iaitu perubahan yang mempunyai matlamat, kaedah dan ianya dapat diukur.
4.    Pembangunan ekonomi dapat diukur melalui:
5.    Pertumbuhan Dalam Keluaran Negara Kasar (KDNK)
6.    Peningkatan kualiti hidup (pendidikan, kesihatan, persekitaran, kemudahan asas dsb.

5.3 MODENISASI DI MALAYSIA
1.    Modenisasi Malaysia adalah bermodelkan modenisasi barat yang banyak menitikberatkan pembangunan ekonomi.
2.    Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia sedar bahawa negara tidak boleh selamanya bergantung kepada sektor pertanian kerana harga komoditi pertanian sentiasa mengalami turun naik.
3.    Oleh itu Malaysia meletakkan matlamat ingin keluar dari status negara pertanian kepada sebuah negara industri.
4.    Bagi merealisasikan matlamat tersebut, beberapa langkah telah diambil, antaranya:
5.    Menyediakan prasarana i.e jalanraya, keretapi, tenaga elektrik, komunikasi dsb.
6.    Pembangunan dan penggunaan teknologi terkini/moden dan mengenepikan ilmu tradisional dan menggantikannya dengan ilmu saintifik.
7.    Pembangunan pertanian : pertanian sara diri diubah kepada pertanian komersil.
8.    Urbanisasi : memindahkan penduduk luar bandar ke bandar bagi memenuhi permintaan tenaga buruh.
9.    Perhebatkan proses industrialisasi : Pengeluaran barangan kilang / siap secara besaran2.
10.    Perubahan daripada industri gantian import kepada industri berasaskan ekspot.
11.    Di abad ke 21, Malaysia memberi fokus kepada pembangunan beasaskan K-Ekonomi.
12.    Secara umumnya Malaysia berjaya memodenkan ekonomi. Buktinya :
13.    Pertumbuhan ekonomi 1990an berada pada 8-9%.
14.    Peningkatan kualiti hidup
15.    Inflasi terkawal

5.4 URBANISASI DI MALAYSIA (DALAM KONTEKS POLITIK)
1.    Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan ekonomi tidak dapat dipisahkan dengan pembangunan politik.
2.    Ini adalah kerana Persekutuan Malaysia adalah terbentuk dari gabungan beberapa negeri dan juga gabungan beberapa etnik yang membentuk negara bangsa.
3.    Berbekalkan gabungan tersebut, maka Malaysia beriltizam untuk membentuk sebuah negara bangsa yang aman dan harmoni.
4.    Dalam konteks pembangunan ekonomi, kemajuan ekonomi bukan hanya untuk kemakmuran ekonomi semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu iaitu untuk pembentukan sebuah negara bangsa yang mampu hidup bersama.
5.    Oleh itu kerajaan sedar bahawa pembangunan di Malaysia mesti mengambilkira soal etnik dan demografi. Tanpanya akan berlaku pertelingkahan etnik sepertimana peristiwa 13 Mei 1969.
6.    Bagi mengelak peristiwa tersebut berulang, maka kerajaan telah perkenalkan beberapa rancangan, antaranya:
7.    Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama
8.    Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
9.    Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
10.    Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
11.    Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua
12.    Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
13.    Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
14.    Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
15.    Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
16.    Rancangan Pembangunan Negara Fasa Ketiga
17.    Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)
18.    Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)
19.    Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)
20.    Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)
21.    Bagi merancakkan lagi pembangunan Negara, kerajaan telah merangka Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Ianya adalah:
22.    Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990)
23.    Dasar Ekonomi Baru (DEB).
24.    Matlamatnya :
25.    Mengurang dan membasmi kemiskinan.
26.    Menyusun semula masyarakat.
27.    Strategi yang digunakan:
28.    Mewujudkan peluang pekerjaan dipelbagai sektor
29.    Merapatkan jurang pendapatan antara etnik & wilayah
30.    Rancangan Pembangunan Wilayah.
31.    Matlamat:
32.    Memperbaiki taraf hidup
33.    Pembukaan tanah dan pembukaan Bandar baru, i.e KESEDAR, KETENGAH, KEJORA dll.
34.    Pembangunan Perindustrian.
35.    Industri berat berasaskan modal dan teknologi i.e HICOM
36.    Meningkatkan peranan swasta dalam pembangunan negara

5.5 ISU-ISU EKONOMI

Agihan ekonomi.
>Pertumbuhan ekonomi negara adalah amat memberangsangkan i.e 8-9% pada 1996
>Isu agihan di sini dilihat dari dua sudut iaitu agihan berdasarkan kelas sosial dan agihan berdasarkan kelompok etnik.

Equality (kesamarataan) dan Equity (keadilan)
>Perlembagaan fasal 8 perkara (1) menjelaskan bahawa semua orang adalah samarata disisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan samarata disisi undang-undang.
>Oleh itu ada pihak-pihak tertentu berhujjah bahawa Hak istimewa Orang Melayu perlu dinilai semula.

DEB dan hubungan etnik.
>DEB diperkenalkan 1970 bagi menyelesaikan masalah jurang ekonomi antara etnik. Ia juga adalah bertujuan menyusun semula masyarakat.
>Diharapkan pada 1990 ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara mencapai 30%. Ini adalah bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Pendidikan, Ekonomi dan identiti bangsa
>Kerajaan melihat aspek pendidikan mampu merubah struktur ekonomi dan politik negara. Oleh itu diwujudkan pengajaran sains dan matematik di sekolah menggunakan bahasa Inggeris.

Globalisasi : Ekonomi dan Hubungan Etnik.
>Kejayaan ekonomi Asia di dekad 1990an, termasuk Malaysia adalah disebabkan elemen globalisasi. Ia dibuktikan oleh aliran masuk modal asing (FDI) dan perlaksanaan dasar liberalisasi ekonomi dan kewangan negara.
>Aliran masuk modal asing ini dianggap sebagai wang panas yang mana kemudiannya telah menyebabkan negara-negara Asia, termasuk Malaysia dilanda kegawatan ekonomi pada 1997-98.

Krisis Ekonomi
>Implikasi Terhadap Usahawan Bumiputera, 1998 lebih 25, 000 usahawan bumiputera gulung tikar. 191 IKS bumiputera muflis.

BAB 6
HUBUNGAN ETNIK KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

6.1 PENGENALAN
-Perpaduan dan integrasi etnik adalah penting bagi memastikan pembangunan negara berjalan lancar
-Kemampuan integrasi etnik telah dibuktikan di zaman sebelum penjajahan di mana golongan Baba telah berasimilasi dengan kebudayaan Melayu.

6.2 DEFINISI
-Perpaduan : Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air
-Integrasi : Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.
-
6.3 DASAR DAN PELAN TINDAKAN KE ARAH PERPADUAN
6.3.1 Rukun Negara
1.    Digubal untuk menyemai dan memupuk semangat perpaduan etnik ekoran peristiwa 13 Mei 1969.
2.    Dperkenalkan pada 1970
3.    Terdapat 5 rukun semuanya.

6.3.2 Dasar Ekonomi Baru.
Matlamat:
i.    Membasmi kemiskinan.
>Kadar kemiskinan 1970 49.3% menurun kpd 17% pd 1987. Dalam kes kumpulan etnik pula, di semenanjung, paras kemiskinan b/putra menurun dr 46% 1976 kpd 24% 1987. Manakala kaum India drp 27% kpd 10% dan Cina 17% kpd 8% pd 1987.
(Perubahan Fasa Ekonomi Malaysia. 2003. Samuel Bassey Okposin, Abdul Halim Abdul Hamid & Ong Hway Boon. K:L Utusan Publication. p.35-37).
ii.    Penyusunan semula guna tenaga.
>Penyusunan semula guna tenaga menunjukkan kemajuan sepanjang dekad 1970an dan 1980an dgn lebih banyak b/putra berpindah ke sektor moden dan pekerjaan bergaji tinggi.
>Perubahan dlm sektor guna tenaga ini diiringi perubahan dlm sektor penduduk, pertumbuhan tenaga kadar perbandaran dan pertumbuhan ekonomi
>Jelasnya kadar pertumbuhan yg pesat membawa kpd pertumbuhan yg lebih tinggi dlm guna tenaga dlm prospek yg lebih baik untuk penyerapan b/p kedlm sektor swasta dan awam. Pertumbuhan ekon yg perlahan 1980an telah meningkatkan kadar pengangguran dikalangan b/p drp 7% 1980 kpd 7.6% 1985 dan tahap yg lebih tinggi dijangkakan iaitu 8.7% berbanding 8% bg India dan 5.7% bg Cina.(Ibid. p.38)
iii.    Penyusunan semula pemilikan.
 Pemilikan ekuiti b/p meningkat dr 4.3% 1971 kpd 19% 1990. Cina 34% ke 56.7% dgn kepentingan asing merosot drp 62% 1972 ke 23.4% pd 1990.(Ibid, p.39)
iv.    Masyarakat perdagangan dan perindustrian BP.
 Adalah sukar untuk menilai tahap kejayaaan DEB dlm Rancangan Pembangunan Usahawan b/P, kecuali kita melihat kpd penyaluran sumber kpd komuniti b/p. Rancangan Pembangunan Usahawan b/P termasuklah bantuan kewangan, khidmat runding cara khidmat nasihat dan latihan, bantuan teknikal, sokongan pentadbiran dan penglibatan langsung kerajaan dlm sektor swasta. Sejumlah besar agensi terlibat dlm Pembangunan Usahawan b/P termasuklah MARA, ITM (kini UiTM), UDA, MIDF, NPC, Pernas, CGC. (Ibid, p.40)

6.3.3 DASAR PANDANG KE TIMUR
-Bermaksud Malaysia ingin mengikut jejak langkah negara yg pesat membangun di Timur, terutamanya Jepun, Korea dan Taiwan. Unsur penting dlm dasar ini ialah ketekunan dan disiplin ketika bekerja, kesetiaan kepada negara, orientasi kumpulan, meningkatkan produktiviti negara dan kualiti, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan merapatkan jurang antara eksekutif dengan pekerja.
 (Ibid. p.42)
-Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia HICOM adalah satu Usaha kearah merealisasikan program perindustrian berat negara. Ia telah membawa kepada pembentukan syarikat multinasional yang berpusat di Malaysia. Keadaan ini seterusnya mewujudkan pembangunan kelompok perindustrian, yang mana setiap kelompok pula mempunyai industri utama yang disokong oleh pembekal komponen, bahan mentah, khidmat sokongan dan infrastuktur khusus kelompok. Seterusnya untuk menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran, maka penekanan diberikan kpd 4 perkara, antaranya:
1.    meluaskan kemudahan infrastruktur
2.    meninggikan kualiti tenaga kerja
3.    memperbaiki teknologi
4.    menambah pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)

6.3.4 Dasar Penswastaan
-Di Malaysia dua dasar utama yang berkait secara langsung dengan penswastaan entiti awam ialah Dasar Penswastaan dan Dasar persyarikatan Malaysia. Dasar Penswastaan diperkenalkan untuk membawa perubahan positif dalam organisasi, pengurusan dan prestasi perusahaan awam yang mana sebelum ini menjadi t//jwb kerajaan. Dasar ini menggambarkan iltizam kerajaan untuk mengurangkan penglibatan langsung kerajaan dalam kegiatan ekonomi, mengurangkan tahap dan skop perbelanjaan awam serta membenarkan kuasa pasaran mengawal ekonomi.
-Dasar Penswastaan bermaksud pemindahan 3 komponen iaitu tugas pengurusan kerajaan, asset (dengan atau tanpa liability) atau hak menggunakan asset dan kakitangan kepada sektor swasta. Kelebihan utama penswastaan ialah memupuk etika kerja yg cekap dan produktif di kalangan pekerja memandangkan sektor swasta sememangnya diketahui lebih cekap dan lebih bermotivasi.

Antara objektif penswastaan ialah (Sawal, 1996) (Ibid. p.184-190)
i.    Meringankan beban kerajaan
-Pemindahan khidmat awam kepada sektor swasta dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, seterusnya mengelakkan deficit belanjawan dan mengurangkan hutang kerjaan. Dana yang disimpan ini boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan ekonomi yang lain, menumpukan kepada fungsi tradisional, iaitu mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta menyediakan sokongan untuk mencapai pertumbuhan dan kestabilan ekonomi.
ii.    Meningkatkan kecekapan
-Penswastaan akan menambah bilangan syarikat dalam industri. Ekoran itu syarikat ini terpaksa bersaing antara satu samalain untuk mendapatkan tempat dalam pasaran perniagaaan. Untuk bersaing, syarikat yang diswastakan terpaksa meningkatkan kecekapan dan produktiviti pekerja mereka yang akan membawa kepada pengeluaran barangan yang bermutu tinggi, persaingan penetapan harga dan prestasi kewangan yang lebih baik.
iii.    Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
-Syarikat swasta berorientasikan keuntungan dan akan menggunakan kos pengeluaran minimum untuk menghasilkan pengeluaran maksimum. Penswastaan syarikat awam bertujuan memupuk amalan ini yang akan mendatangkan kesan positif terhadap aoutput dan pendapatan negara. Hasil kerajaan daripada cukai langsung dan tidak langsung akan bertambah apabila syarikat yang diswastakan menghasilkan lebih banyak output dan memperoleh lebih keuntungan. Oleh yang demikian, peningkatan output negara dan cukai kerajaan akan merangsangkan KDNK negara.
iv.    Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi.
-Penswastaan ekuiti awam akan mengurangkan saiz sektor awam dalam ekonomi. Lama kelamaan ekonomi semakin dikuasai oleh sektor swasta yang cekap dalam peruntukan sektor pengeluaran
v.    Memenuhi Dasar Ekonomi Baru
-Salah satu objektif DEB adalah menyediakan peluang untuk menambah penyertaan bp dalam sektor pembuatan dari segi kesaksamaan, guna tenaga, pemasaran dan khidmat professional. Penswastaan akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk disertai oleh b/p.

6.3.5 Wawasan 2020
-Matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya berteraskan industri menjelang tahun 2020 mengikut acuan Malaysia sendiri.
-Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi semua bidang Ekonomi, Politik, Sosial, Kerohanian, Kejiwaan, Saikologikal dan Kebudayaan.

9 cabaran asasi yang harus ditangani iaitu:
1.    Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.
2.    Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu yang mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan.
3.    Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, berkeyakinan terhadap diri sendiri, berbangga dengan apa yang dicapai serta cekap menghadapi pelbagai rintangan, sentiasa mengejar kecemerlangan dan dihormati oleh rakyat negara lain;
4.    Membentuk dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman dan demokrasi yang unggul berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada negara membangun;
5.    Membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika, dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh;
6.    Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada negara;
7.    Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya cipta tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan;
8.    Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu;
9.    Menjamin pembentukan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi, yang mampu mengagihkan kekayaan negara secara adil dan saksama tanpa mengira kaum; dan
10.    Mewujudkan masyarakat makmur yang tinggi daya saing dan ketahanan dinamik, serta tangkas menghadapi perubahan


Antara Strategi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020:
1.    Memupuk perpaduan dan semangat patriotisme, kematangan politik, membina ketahanan ekonomi, melahirkan masyarakat bertoleransi dan penyayang
2.    Penyusunan semula masyarakat bagi memastikan pemilikan ekuiti bumiputera sekurang-kurangnya 30% menjelang 2010
3.    Membasmi kemiskinan menjelang 2005 dengan menumpukan kepada golongan berpendapatan rendah
4.    Menggalakkan pelaburan swasta dan asing bagi mengukuhkan ekonomi negara
5.    Meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan kemajuan sains dan teknologi, menggalakkan pertumbuhan IKS dan membangun syarikat bertaraf dunia,

6.3.6 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Objektif:
1.    Menyatukan kanak-kanak sekolah daripada pelbagai kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk tujuan pembangunan negara (Digariskan dalam Penyata Razak- 1956)
2.    Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan (Akta Pelajaran - 1961)
3.    Membantu melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan panjang, bersatu dan berdisplin
4.    Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa
5.    Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa

Falsafah Dasar Pendidikan Kebangsaan
-“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharminian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Pelaksanaan dan Pencapaian
Strategi Perlaksanaan:
1.    Menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
2.    Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia
3.    Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama
4.    Menyediakan pendidikan asas selama 9 tahun
5.    Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum

Pencapaian:
1.    Berjaya melahirkan tenaga mahir dan separa mahir untuk keperluan pembangunan negara
2.    Berjaya menurunkan kadar kemiskinan di peringkat negara dan juga peringkat etnik
3.    Berjaya mewujudkan integrasi etnik di peringkat persekolahan

BAB 7
CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

7.1 PENGENALAN
-Usia lima puluh tahun kemerdekaan banyak mengajar negara mengenai erti perpaduan, integrasi dan cabaran hubungan etnik.
-Di sepanjang usia tersebut negara telah menempuh pelbagai pengalaman dalam mewujudkan hubungan antara etnik, ada yang manis dan tidak kurang yang pahit disebabkan kepelbagai budaya, agama, adat dan budaya
7.2 Bentuk-Bentuk Cabaran Hubungan Etnik

1.    Cabaran dari segi Politik:
-Sistem politik di Malaysia adalah sistem politik berbentuk keetnikan / perkauman.
-Walaupun bernaung di bawah satu payung (BN), namun terdapat parti politik yang berjuang menjaga ekonomi, pendidikan, agama, hak dan masa depan etnik mereka sahaja
-Sistem politik perkauman ini telah menyebabkan sentimen dan semangat perkauman semakin menebal dari masa ke semasa.
-Kecenderungan ini sedikit sebanyak mengganggu usaha kerajaan untuk mewujudkan integrasi etnik

2.    Cabaran Sosial.
 i. Pemisahan penempatan
>Ia akibat sistem ‘pecah dan perintah’ British, faktor geografi i.e antara Sabah, Sarawak dengan semenanjung.
>Akibatnya tidak interaksi dan komunikasi, tebalnya semangat kekitaan, etnosentrisme dsb.
 ii. Pengasingan sistem pendidikan
>Akibat pemisahan sistem pendidikan yang diamalkan British yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
>Akibatnya interaksi hanya dalam satu-satu etnik sahaja. Mereka tidak memahami budaya lain selain budaya dan adat mereka sahaja.

3.    Cabaran ekonomi.
-Perbezaan pekerjaan
-Orang Melayu disektor pertanian, bukan Melayu disektor perniagaan dan pekerjaan berteknologi tinggi
-Perbezaan pekerjaan telah menghalang interaksi antara etnik di bidang ekonomi.
-Dominasi sektor ekonomi
-Perbezaan sektor ekonomi akan membawa kepada jurang pendapatan dan jurang miskin-kaya. Ini membawa kepada ketidakstabilan politik negara.
-Pengaruh ekonomi bebas. Pengaruh ekonomi bebas ini akan membawa satu-satu etnik tidak mementingkan interaksi dengan etnik lain. Apa yang penting ialah mendapat keuntungan hasil dari aktiviti ekonomi mereka.

4.    Cabaran dari aspek kepentingan nilai.
-Masyarakat Malaysia mempunyai nilai agama, budaya, bahasa masing-masing
-Setiap etnik akan mengutamakan nilai agama, budaya, bahasa dan kaum kerabat masing-masing. Ini akan membawa kepada polarisasi etnik di Malaysia
-Pengaruh S&T yang mampu memusnahkan nilai kemanusiaan, keluarga, masyarakat dan negara

5.    Cabaran Globalisasi (Pengaruh ideologi barat)
-Barat ekspot budaya hedonisme yang negatif ke Negara timur. Ianya akan merosakkan nilai ketimuran yang luhur dan sebagai gantinya nilai dan pemikiran moden barat.
-Ia adalah sebahagian dari penjajahan bentuk baru iaitu penjajahan budaya dan pemikiran masyarakat di negara dunia ketiga.
-Penjajahan bentuk ini akan menghalang pembinaan jatiditi dan tamadun bangsa Malaysia.
-Sekiranya ia tidak dikawal maka akan menjerumuskan satu-satu etnik kepada semangat perkauman dan prasangka buruk terhadap etnik lain.

7.3 Implikasi Hubungan Etnik Di Malaysia
1.    Hubungan etnik di Malaysia mengalami pasang surut.
-Sebelum PDII hubungan adalah baik, kemudiannya berubah menjadi longgar semasa PDII dimana terdapat etnik yg memberi sokongan kepada pendudukan Jepun di T.Melayu.
-Hubungan tersebut kembali kukuh di era kemerdekaan kerana British meletakkan syarat semua etnik mesti bersatu sekiranya mahu merdeka. Kemudian kembali longgar ketika peristiwa 13 Mei 1969.
-Kini secara umumnya hubungan adalah baik disebabkan pelbagai program anjuran kerajaan i.e Rukun Negara, Rukun Tetangga dsb.
2.    Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969.

-Berlaku kerosakan harta benda.
1.    Ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak, menang jadi arang, kalah jadi abu.
2.    Kerosakan harta benda dan korban jiwa yang banyak i.e di Selangor 196 orang mati dan 493 cedera.

-Peristiharan perintah berkurung.
1.    Menyekat kebebasan bergerak, berinteraksi, beraktiviti dll.
2.    Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung.
3.    Pilihanraya S&S digantung.
4.    Jangan mencabar perlembangaan i.e kedudukan Orang Melayu
-etnik bukan Melayu jangan mencabar peruntukan yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan i.e jangan mencabar Orang Melayu kerana mereka akan menentang habis-habisan.
-Pembahgian kekayaan negara atau ekonomi negara perlu mengambil kira etnik di Malaysia kerana ketidakseimbangan ekonomilah menyebabkan tercetusnya 13 Mei 1969.

7.4 Pembinaan Masyarakat Malaysia

-Faktor kejayaan pembinaan masyarakat Malaysia
1.    Political Will (Keazaman politik) : Para pemimpin berazam untuk mewujudkan hubungan etnik di pringkat negara.
2.    Critical Mass : Mewujudkan badan untuk merealisasikan niat diatas i.e Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Institut kajian dan Latihan Integrasi Nasional dsb.
3.    Kekukuhan Ekonomi : Usaha mengukuhkan ekonomi setiap bangsa, bukannya hanya pada etnik tertentu sahaja.
4.    Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas untuk survival manusia dipenuhi.
5.    Perkongsian wawasan : Mempunyai wawasan bersama untuk terus maju dan berintegrasi i.e Wawasan 2020.
6.    Penggunaan S&T : IT dan ICT digunakan sepenuhnya untuk menghubungkan etnik pelbagai di Malaysia i.e penggunaan S&T untuk menghubungkan etnik Semenanjung dengan S&S.
7.    Menerima perbezaan antara agama

7.5 Kaedah penyelesaian Hubungan Etnik
1.    Jadikan Islam sebagai rujukan
-Menjadikan Sahifah Madinah sebagai panduan di dalam mengintegrasikan penduduk yg beragama Islam dengan bukan Islam
-Pengintegrasian tersebut jelas menunjukkan ianya dibuat dengan adil di mana Orang Yahudi dan bukan Islam dipertahankan oleh perlembagaan iaitu:
-Orang Yahudi Madinah diktiraf oleh perlembagaan dan mereka perlu sama-sama mempertahankan kota Madinah

2.    Tekankan Pembinaan Jati Diri Malaysia
-Definisi jati diri : gambaran atau dari segi identiti bangsa, semangat kebangsaan, keperibadian, kewarganegaraan dan semangat patriotisme yang ada pada seseorang.
-Jati diri Malaysia bermakna seseorang yang mempunyai identiti bangsa, semangat kebangsaan, keperibadian, kewarganegaraan dan semangat patriotisme Malaysia.
-Jati diri Malaysia mampu dicapai kerana kita adalah negara merdeka dan berdaulat, dimana semua perkara yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia adalah untuk membawa kepada kewujudan jati diri Malaysia.

-Elemen yang perlu diambil kira dalam pembinaan jati diri adalah:
1.    Islam sebagai agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan
2.    Keturunan Melayu yang dominan, di mana Orang Melayu mendominasi politik dan pemerintahan.
3.    Dominasi ekonomi oleh orang Cina.
4.    Minoriti India, Kadazan dll

Acuan Jatidiri Malaysia
-Setiap negara ada acuan pembinaan jati diri masing-masing, contohnya Amerika ‘salad bowl’, Indonesia ‘pancasila’ Singapura ‘sosio-engineering’.
-Perkara yang perlu diteliti dalam bidang pembinaan Jati diri acuan Malaysia :
1.    Kesedaran : iaitu kesedaran, kemahuan dan mempunyai ilmu bagaimana untuk bersatu.
2.    Menangani perbezaan : Tahu apakah perbezaan yang boleh kita raikan / terima dan apakah pula yang tidak boleh diraikan i.e soal sekedudukan apakah boleh kita raikan, perbezaan cara pakaian apakah boleh kita raikan ?
3.    Kerjasama : Kerajasama antara etnik dalam badan-badan amal, kelab dsb.
4.    Sistem pelaksanaan dan pemantauan : Perlunya ada agensi pelaksanaan dan pemantauan dari pelbagai pihak umpamanya kerajaan.

BAB 8
ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM


7.1 PENBGENALAN

7.2 ASAS-ASAS HUBUNGAN ETNIK DALAM ISLAM
1.    Berkenal-kenalan (ta’ruf)
-Allah cipta manusia dalam pelbagai bangsa, warna kulit dan sebagainya
-Perbezaan sifat tersebut janganlah dijadikan halangan untuk hidup bermasyarakat dan kenal mengenali antara satu samalain, tetapi ia seharusnya dijadikan tarikan untuk berhubung antara satu samalain
-
إِنَّ الَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصْوَاتَهُمْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ أُولَئِكَ الَّذِينَ امْتَحَنَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ لِلتَّقْوَى لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ
 [49:3] Sesungguhnya orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi mereka ampunan dan pahala yang besar. (Hujurat : 3)

-Kenal mengenali di sini bukan hanya bermaksud mengenali nama sahaja tetapi lebih daripada itu iaitu mengenali latar belakang keluarga, keturunan, budaya, adat, tradisi seseorang individu dan sesebuah bangsa.
-Dengan wujudnya budaya kenal mengenali ini maka secara tidak langsung akan mengelakkan perkelahian antara individu, etnik dan juga bangsa.

2.    Faham memahami (Tafahum)
-Apabila satu-satu etnik mengenali budaya, adat, tradisi etnik lain, maka akan lahir sifat untuk memahami budaya etnik tersebut secara lebih dekat. Umpamanya kenapa orang Islam Islam melaungkan azan setiap kali sebelum solat, kenapa orang Hindu bawa kavadi dan sebagainya.
-Apabila seseorang memahami budaya etnik lain, maka mereka tidak akan menentangnya kerana sedar ia adalah tuntutan agama, masyarakat dan sebagainya.
-Dengan itu akan melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu samalain.

3.    Bekerjasama (Ta’awun)
-Apabila wujud persefahaman di antara anggota masyarakat, maka ia akan melahirkan konsep tolong-menolong dan bekerjasama dalam satu-satu aktiviti.
-Konsep tolong-menolong di sini bukan hanya terhad kepada pertolongan berbentuk tenaga sahaja, tetapi melewati pertolongan kewangan, buah fikiran dan sebagainya.
-Konsep bekerjasama dan tolong-menolong antara etnik bukan hanya menguntungkan satu etnik sahaja tetapi juga seluruh masyarakat. Umpamanya berkerjasama dalam mencegah jenayah, membina kekuatan ekonomi, politik dan kemajuan negara itu sendiri.

4.    Persaudaraan (Ukhwah)
-Dalam konteks Islam, semua orang Islam adalah bersaudara. Tanpa mengira etnik, warna kulit, pertuturan dan sebagainya.
-Apabila wujud konsep persaudaraan Islam dalam jiwa setiap muslim, maka akan lahir sifat ikhlas, belas kasihan dan sebagainya. Selanjutnya ia tidak akan menyebabkan seseorang itu melakukan perkara yang tidak baik kepada saudara seislamnya
-Sifat persaudaraan tanpa mengira etnik dan warna kulit ini akhirnya menjadikan umat Islam satu kesatuan. Natijahnya umat Islam akan digeruni dan dihormati oleh musuh.

5.    Kasih Sayang (Mahabbah)
-Apabila seseorang itu memahmi konsep persaudaraan Islam maka akan lahir sifat kasih mengasihi antara satu samalain.
-Dengan kasih sayang seseorang akan menyebabkan seseorang rasa tidak tenang apabila melihat saudaranya berada dalam kesusahan. Ia merasakan bahawa ia berkewajipan untuk membantu meringankan kesusahan saudara seislamnya
-Dalam Islam konsep kasih sayang ini tidak terhad kepada sesama Islam sahaja, tetapi melewati batasan etnik dan warna kulit.
-Kasih sayang yang mendalam tehadap anggota masyarakat dan umat akan membawa kedamaian hidup dalam sesebuah masyarakat dan negara.

6.    Jamin menjamin (Tadhamun)
-Kasih sayang antara anggota masyarakat akan melahirkan sifat jamin menjamin dari sudut ekonomi, sosial, hak asasi manusia dan juga perundangan.
-Ekonomi : Seseorang muslim akan memberi nafkah, infak, zakat, sedekah, waqf dan sebagainya untuk menjamin golongan kurang bernasib baik mendapat pembelaan dan hidup yang lebih sempurna.
-Perundangan : Undang-undang Islam memberi jaminan bahawa setiap orang, termasuk orang bukan Islam akan dibela dan di jamin keselamatan jiwa, harta, akal dan agama masing-masing.

8.3 Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Islam
-Kemesraan komunikasi
-Budaya ziarah menziarah
-Hormat- menghormati
-Bersama dalam membuat keputusan


8.3 Keperluan mewujudkan hubungan etnik
1.    Fitrah kemanusiaan
2.    Ttuntutan keagamaan
3.    Memenuhi keperluan hidup
4.    Elak dari bergantung dengan kuasa luar



************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com


12 comments:

  1. Sangat membantu dalam assigment sye.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. maklumat yang sgt berguna.. terima kasih

    ReplyDelete
  5. Adakah anda berasa kecewa kerana anda akan mengalami salah satu masalah di bawah atau mahu kembali ke belakang anda dan tidak berfungsi dengan betul? Adakah anda ingin memulihkan cinta yang hilang dan menjaga dia tanpa syarat? Jika demikian, cinta yang hilang adalah salah satu daripada penyelesaian; apa yang penting untuk menyelesaikan masalah cinta, memberikan anda peluang terbaik untuk mendapatkan kekasih anda yang hilang kembali, membawa anda kembali kepada anda, melemparkan mantra cinta yang hilang adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan kekasih yang hilang untuk kembali, suami atau bekas isteri kembali dengan anda dan mengelakkan drama menjengkelkan dalam proses.

    Sebagai contoh, anda boleh mengetahui bahawa bekas pasangan anda mempunyai hubungan dengan orang lain. Dalam keadaan seperti ini, anda mungkin mendapati bahawa peluang anda untuk mendapatkan orang itu kembali sangat kecil, melainkan anda menggunakan strategi yang tidak dapat dinafikan. Inilah masanya apabila anda melihat kuasa yang tidak dipertikaikan dari kebingungan cinta yang hilang, kerana senjata rahsia adalah untuk memulihkan perasaan dan membantu anda untuk mengembalikan kekasih yang hilang selama-lamanya. Rujuk kepada Priest Roso dan segera berdamai dengan orang yang anda sayangi.

    BALK ADALAH PERKHIDMATAN saya TAWARKAN:

    * LOVE GAMES *
    * GAMBAR PERKAHWINAN * *
    PERKHIDMATAN SPELL *
    * KESELAMATAN SEKSUAL
    GAMES *
    * MEMASANG KURSUS KURSUS * * GAMBAR PERLINDUNGAN *
    * GAME LOTTERY *
    * BAIK LUCK SPELLS *
    * NUDENCE / RETAIL *
    * HERPES VIRUS 1 & 2 *
    * ZIKA VIRUS *
    * ASTMA *
    * KANSER CURE *
    * HEPATITIS B *
    * DIABETIK *
    * HIV CURE SPELLS *
    * HPV / STD INFECTION *

    Hubungi saya hari ini untuk menyelesaikan masalah anda dengan e-mel: priestrosomalia621@outlook.com atau hubungi Whats-app: +233550822798.

    ReplyDelete
  6. Ramai orang mengalami serangan yang seolah-olah keluar dari mana-mana. ini adalah serangan psikik peribadi, Juga Perniagaan dan Projek boleh diganggu dengan dari tahap tidak fizikal, tidak ada yang kelihatan seperti yang benar, dan kemajuan disekat atau disabotase - ini adalah serangan psikik pada kerja anda, bawa kembali apa pun yang anda kehilangan baik uang atau hubungan, membawa balik cinta yang hilang, memulihkan kembali wang anda yang hilang, memulihkan kerja anda yang telah hilang, membawa pulang bekas isteri atau suami anda, adakah anda mengalami penyakit mental atau mengalami kesakitan yang anda cari di sini adalah jaminan 100% melawat Roso Malia hari ini dan kehidupan anda menjadi makmur.

     Perkhidmatan ini menyediakan melalui imbasan semua jenis serangan atau gangguan sepanjang masa, dan membersihkan sumber-sumber serangan atau gangguan. Juga kaedah perlindungan diberikan untuk penyelenggaraan. Perlindungan teratur secara rutin juga boleh ditubuhkan bujur kehidupan kewangan anda dan menghubungi tuan penyelesaian hebat hari ini untuk pembersihan. anda boleh berhubung dengan saya melalui alamat e-mel ini: priestrosomalia621@outlook.com atau whats-app +233550822798.

    ReplyDelete
  7. 4×3 titanium framing hammer - the world of titanium frames
    This type of design is made trex titanium headphones from aluminum frame and made with topographic ironing, babyliss pro nano titanium straightener which is great titanium canteen for your project and home decor schick quattro titanium needs. titanium shaver

    ReplyDelete